Kuasa Minda menjadi jati diri yang hebat

Minda kita adalah kurniaan Tuhan yang tidak ternilai harganya. Ia umpama sebuah perisian. Sebelum mula berusaha dengan gigih untuk meraih sesuatu sasaran/matlamat, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah kita hapuskan virus-virus dalam perisian (minda) kita.

Di antara virus-virus itu adalah:

1. Mudah mengeluh.
2. Suka menyalahkan orang lain, walhal silap sendiri.
3. Sering berfikiran “ini payah, itu susah” dan tidak boleh buat.
4. Kerap membuat alasan.
5. Takut mencuba.
6. Terlalu risau walaupun mungkin perkara dirisaukan itu tidak akan berlaku.
7. Hanya memikirkan masalah.

Sebaliknya kita harus menerapkan di minda kita seperti :

1. Segala cabaran boleh diatasi.
2. Sentiasa ada peluang untuk menyelesaikan sesuatu.
3. Kebanyakan perkara boleh dilakukan, dengan syarat ada ilmu.
4. Fokus pada usaha.
5. Berani melakukan sesuatu usaha yang baik.
6. Yakin dan percaya pada Allah dan diri sendiri.
7. Fikirkan penyelesaian dan jalan keluar.

Image

Tips Menjadi Usahawan Internet yang Berjaya!

Image

Bagi usahawan yang menjalankan perniagaan yang bertahun-tahun dan juga tidak berkembang, pasti masalah utamanya ialah teknik pemasaran. Jadi kami ingin mengkongsikan teknik yang betul dalam pemasaran yang paling berkesan jika anda mempraktikkannya.

1- Jangan bergantung kepada satu strategi sahaja. Pelbagaikan Strategi anda dan jangan cepat putus asa.

2- Tetapkan sasaran pelanggan anda.

3- Sebarkan info tentang produk perniagaan anda seperti mencetak banner dan digantungkan di merata tempat.

4- Edarkan risalah seperti di rumah ke rumah, di pusat membeli belah atau di mana-mana saja kawasan awam.

5- Tepati produk anda yang anda jual. ‘Jangan indah kabar dari rupa’. Ini akan berlaku kerugian jika pelanggan tidak berpuas hati dengan produk kita.

6- Jika membuat pakej, jangan terlalu banyak pakej yang ditawarkan kerana pelanggan tidak berminat untuk membaca dengan banyak.

7- Sentiasa berhubung dengan pelanggan dengan ucapan Selamat Hari Jadi kepada pelanggan.

8- Tepati masa penghantaran.

9- Kuasai laman sosial dengan sentiasa mempromosikan produk anda.

10- Jangan terlalu banyak alasan untuk melakukan sesuatu perkara kerana dengan alasan boleh mematahkan segala jalan untuk menuju kejayaan.